♥ Sayang Kat Korang Tau! ♥

LIKE JIKA SUDI,,& PADA YANG DAH LIKE TQ SO MUCH YA! :)

Thursday, March 15, 2012

BARU SAYA TAHU PENTINGNYA ASID FOLIC



Sebelum keguguran saya langsung tak ambek kesah pasal kepentingan asid folic ni,,mkanan pun semua saya main hentam,,last2 gugur,,:( emmm tak de rezeki kan,,nak buat macam mane,,sekarang saya dah tahu kepentingan asid folic ni,,doctor sendiri yang bagi tahu dan sedikit nasihat,,saya baru je pratnen kali ke 2 ni,,n tak nak terlampau mengharap,,yang pnting saya kna berhati_hati,,:)

Doctor Rohaya ni baik sangat,,macam-macam nasihat die bagi pada saya,,doc ni bagitahu,,tak semestinya ibu yang dah hamil jer boleh makn pil ni,,yang merancang nak hamil pun boleh,,lagi2 untuk bakal2 ibu yang cik T nya tak teratur,,

Pil ni vitamin untuk ibu2,,dan cukup hanya sekali sehari,,mkan selepas makan,,jom tgok apa kepentingan pil ni,,

1. Asid folic adalah sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9. Asid folik membantu tubuh anda membentuk sel-sel baru.
2. Asid folik atau vitamin B terdapat dengan banyak dalam makanan seperti kekacang, sayuran hijau, dan    makanan bijirin. Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.
3. Sangat penting untuk membina sel – sel bayi semasa dalam kandungan seperti sel-sel otak, tulang, organ dan kulit bayi. Selain itu ia dapat membantu untuk mencegah kecacatan bayi 50% – 70% kemungkinan daripada berlaku. Pengambilan asid folik sebenarnya sangat baik sebelum dan semasa mengandung.
Dekat sini saya juga nak kongsikan makanan2 yang mengandungi asid folic

1. Barli
2. Daging Lembu
3. Susu
4. Keju
5. Ayam
6. Buah Kurma
7. Oren
8. sayuran berdaun hijau con: (bayam)
9. bijirin
10. cendawan

Kekurangan asid folik juga boleh menyebabkan sakit disekeliling mulut, tumbesaran yang lembap pada kanak-kanak dan anemia (kurang sel darah merah). 

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum,,korang di alu-alukan untuk coment kat blog ni,n jgn lupe tekan like ok,,/;)